Sampaikanlah hadith daripadaku apa yang kamu ketahui

TEKS BAHASA ARAB

الحديث عني ما تعرفون.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sampaikanlah hadith daripadaku apa yang kamu ketahui.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1265, hadis nombor 6464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن علي بن أبي طالب رضي الله عنه مرفوعا: الحديث عني ما تعرفون.
[فر، ((الضعيفة)) (3521)].

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sampaikanlah hadith daripadaku apa yang kamu ketahui.
[Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3521]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.