Sampaikan kepada para wanita yang kamu temui bahawa ketaatan kepada suami dan memperakui haknya itu adalah menyamai jihad

TEKS BAHASA ARAB

أبلغي من لقيت من النساء أن طاعة الزوج واعترافاً بحقه يعدل ذلك يعني: الجهاد وقليل منكن من يفعله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sampaikan kepada para wanita yang kamu temui bahawa ketaatan kepada suami dan memperakui haknya itu adalah menyamai yang demikian (jihad), sedangkan sedikit daripada kalian yang melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1007-1008, hadis nombor 5191. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما قال: جاءت امرأة إلى النبي ﷺ ، فقالت: يا رسول الله! أنا وافدة النساء إليك، هذا الجهاد كتبه الله على الرجال فإن نصبوا أجروا وإن قتلوا كانوا أحياء عند ربهم يرزقون، ونحن معشر النساء نقوم عليهم، فما لنا من ذلك؟ قال: فقال النبي ﷺ: أبلغي من لقيت من النساء أن طاعة الزوج واعترافا بحقه يعدل ذلك يعني: الجهاد وقليل منكن من يفعله. [البزار، الضعيفة (5340)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Seorang wanita datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, aku ialah utusan para wanita kepadamu. Jihad ini Allah mewajibkannya buat para lelaki, sekiranya mereka ditegakkan, nescaya mereka diberikan ganjaran. Namun sekiranya mereka terbunuh, mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan diberikan rezeki. Sedangkan kami golongan wanita menguruskan urusan mereka, maka apa yang ada bagi kami dari (jihad) itu? Maka Nabi SAW bersabda: Sampaikan kepada para wanita yang kamu temui bahawa ketaatan kepada suami dan memperakui haknya itu adalah menyamai yang demikian (jihad), sedangkan sedikit daripada kalian yang melakukannya. [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 5340].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs