Sampaikan kepada aku hajat sesiapa yang tak mampu menyampaikan hajatnya

TEKS BAHASA ARAB

أبلغوني حاجة من لا يستطيع إبلاغ حاجته، فمن أبلغ سلطانا حاجة من لا يستطيع إبلاغها، ‌ثبت ‌الله ‌قدميه على الصراط يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sampaikan kepada aku hajat sesiapa yang tak mampu menyampaikan hajatnya, sesiapa yang menyampaikan kepada seorang penguasa hajat yang tidak mampu dia sampaikan, Allah akan menguatkan kakinya untuk menyeberang titian sirat pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 775, hadis nombor 3969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أبلغوني حاجة من لا يستطيع إبلاغ حاجته، فمن أبلغ سلطانا حاجة من لا يستطيع إبلاغها، ‌ثبت ‌الله ‌قدميه على الصراط يوم القيامة)). [ابن الصوفي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (1594)]

(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sampaikan kepada aku hajat sesiapa yang tak mampu menyampaikan hajatnya, sesiapa yang menyampaikan kepada seorang penguasa hajat yang tidak mampu dia sampaikan, Allah akan menguatkan kakinya untuk menyeberang titian sirat pada hari kiamat. [Riwayat Ibn al-Sufi dalam hadisnya. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1594]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs