Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبلِغوني حاجةَ مَن لا يستطيعُ إبلاغَ حاجتِه، فمن أبلغَ سلطانًا حاجةَ مَن لا يستطيعُ إبلاغَها ثبَّتَ اللهُ قدميهِ علَى الصِّراطِ يومَ القيامةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sampaikan kepada aku hajat sesiapa yang tak mampu menyampaikan hajatnya, sesiapa yang menyampaikan kepada seorang penguasa hajat yang tidak mampu dia sampaikan, Allah akan menguatkan kakinya untuk menyeberang titian sirat pada hari kiamat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 775, hadis no. 3969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sampaikan kepada aku hajat sesiapa yang tak mampu menyampaikan hajatnya, sesiapa yang menyampaikan kepada seorang penguasa hajat yang tidak mampu dia sampaikan, Allah akan menguatkan kakinya untuk menyeberang titian sirat pada hari kiamat. [Riwayat Ibn al-Sufi dalam hadisnya, Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1594].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman