Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ جاءٍ فَاسْتَفْتَحَ الْبَابَ فَقَالَ يَا أَنَسُ اخْرُجْ فَانْظُرْ مَنْ هَذَا فَخَرَجْتُ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ فَرَجَعْتُ فَقُلْتُ هَذَا أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ ارْجِعْ فَافْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ وَأَخْبِرْهُ بِأَنَّهُ الْخَلِيفَةُ مِنْ بَعْدِي ثُمَّ جَاءَ جاءٍ إِلَى آخِرِهِ فِي عُمَرَ وَعُثْمَانَ.
Teks Bahasa Melayu
Aku bersama Nabi SAW. Lalu ada orang yang datang dan meminta untuk dibukakan pintu. Nabi SAW bersabda: Wahai Anas keluarlah dan lihat siapakah itu. Lalu aku keluar. Rupa-rupanya itu adalah Abu Bakar. Aku kembali kepada Nabi dan berkata: Itu adalah Abu Bakar wahai Rasulullah. Lantas Nabi SAW bersabda: Pergilah kembali dan bukakan pintu untuknya. Sampaikan berita gembira kepadanya bahawa dia akan masuk syurga. Beritahu juga kepadanya bahawa dia akan menjadi khalifah selepasnya kemudian datang orang yang lain iaitu Umar dan Uthman.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 92. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قَالَ أنس «كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ جاءٍ فَاسْتَفْتَحَ الْبَابَ فَقَالَ يَا أَنَسُ اخْرُجْ فَانْظُرْ مَنْ هَذَا فَخَرَجْتُ فَإِذَا أَبُو بَكْرٍ فَرَجَعْتُ فَقُلْتُ هَذَا أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ ارْجِعْ فَافْتَحْ لَهُ وَبَشِّرْهُ بِالْجَنَّةِ وَأَخْبِرْهُ بِأَنَّهُ الْخَلِيفَةُ مِنْ بَعْدِي ثُمَّ جَاءَ جاءٍ إِلَى آخِرِهِ فِي عُمَرَ وَعُثْمَانَ» كَذِبٌ مَوْضُوع وَإِلَّا لما جعل عمر الْخلَافَة شُورَى.
Anas berkata: “Aku bersama Nabi SAW. Lalu ada orang yang datang dan meminta untuk dibukakan pintu. Nabi SAW bersabda: Wahai Anas keluarlah dan lihat siapakah itu. Lalu aku keluar. Rupa-rupanya itu adalah Abu Bakar. Aku kembali kepada Nabi dan berkata: Itu adalah Abu Bakar wahai Rasulullah. Lantas Nabi SAW bersabda: Pergilah kembali dan bukakan pintu untuknya. Sampaikan berita gembira kepadanya bahawa dia akan masuk syurga. Beritahu juga kepadanya bahawa dia akan menjadi khalifah selepasnya kemudian datang orang yang lain iaitu Umar dan Uthman". Ia adalah hadith dusta dan palsu. Jika tidak, tidaklah dijadikan urusan khilafah Umar dengan cara syura.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman