Sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadilat, lalu dia mengambilnya dengan keimanan kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

من بلغه عن الله شيء فيه فضيلة، فأخذ به إيمانا به، ورجاء ثوابه، أعطاه الله ذلك، وإن لم يكن كذلك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadilat, lalu dia mengambilnya dengan keimanan kepadanya dan mengharapkan pahalanya, Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1231 – 1232, hadis nombor 6271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنهما مرفوعا: من بلغه عن الله شيء فيه فضيلة، فأخذ به إيمانا به، ورجاء ثوابه، أعطاه الله ذلك، وإن لم يكن كذلك.
[الحسن بن عرفة في ((جزئه))، ابن الأبار في ((معجمه))، الخلال في ((فضل رجب))، خط، محمد بن طولون في ((الأربعين))، ((الضعيفة)) (451)].

(Palsu)
Daripada Jabir bin ‘Abdillah al-Ansari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sampai kepadanya sesuatu daripada Allah yang memuatkan sesuatu fadilat, lalu dia mengambilnya dengan keimanan kepadanya dan mengharapkan pahalanya, Allah memberikan kepadanya yang demikian itu sekalipun sebenarnya bukan begitu.
[Riwayat al-Hasan bin 'Arafah dalam Juz, Ibn al-Abbar dalam Mu'jam, al-Khallal dalam Fadl Rajab, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tafsir Baghdad, Muhammad bin Tulun dalam al-Arba'in. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 451].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.