Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الدِّباغَ يُحلُّ مِن المَيتةِ كما يُحلُّ الخَلُّ من الخمرِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya samak daripada bangkai itu halal sepertimana halalnya cuka yang berasal daripada arak.
Sahabat Perawi
- Ummu Salamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1203, hadis no. 6109. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الدباغ يحل من الميتة كما يحل الخل من الخمر. [عد، هق، ((الضعيفة)) (3000)]
(Lemah) Daripada Ummi Salamah RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya samak daripada bangkai itu halal sepertimana halalnya cuka yang berasal daripada arak. [Riwayat Ibn 'Adi, al-Baihaqi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3000]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman