Sama ratakanlah pembahagian di antara anak-anak kalian

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

سووا بين أولادكم في العطية، فلوكنت مفضلا أحدا لفضلت النساء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sama ratakanlah pembahagian di antara anak-anak kalian. Kalaulah aku ini diberi pilihan untuk melebihkan seseorang, pasti aku akan melebihkan wanita.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis nombor 4666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((سووا بين أولادكم في العطية، فلوكنت مفضلا أحدا لفضلت النساء)).
[الآجري في ((الفوائد المنتخبة))، طب، الحارث، هق، ((الضعيفة)) (340)].

(Lemah)
Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sama ratakanlah pembahagian di antara anak-anak kalian. Kalaulah aku ini diberi pilihan untuk melebihkan seseorang, pasti aku akan melebihkan wanita.
[Riwayat al-Ajurri dalam al-Muntakhab al-Fawaid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Harith, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 340].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.