Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سَوُّوا بينَ أولادِكُم في العطيَّةِ، فلَو كُنتُ مُفضِّلًا أحدًا لفضَّلتُ النِّساءَ.
Teks Bahasa Melayu
Sama ratakanlah pembahagian di antara anak-anak kalian. Kalaulah aku ini diberi pilihan untuk melebihkan seseorang, pasti aku akan melebihkan wanita.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 912, hadis no. 4666. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعا: سووا بين أولادكم في العطية، فلوكنت مفضلا أحدا لفضلت النساء. [الآجري في الفوائد المنتخبة، طب، الحارث، هق، الضعيفة (340)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sama ratakanlah pembahagian di antara anak-anak kalian. Kalaulah aku ini diberi pilihan untuk melebihkan seseorang, pasti aku akan melebihkan wanita. [Riwayat al-Ajurri dalam al-Muntakhab al-Fawaid, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Harith, dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 340].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman