TEKS BAHASA ARAB
سلمان منا أهل البيت. روي من حديث عمرو بن عوف، وأنس بن مالك، والحسين بن علي بن أبي طالب، وزيد بن أبي أوفى -رضي الله عنهم-.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Salman sebahagian dari kami ahli bait.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1839, hadis nombor 9277. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا): سلمان منا أهل البيت. روي من حديث عمرو بن عوف، وأنس بن مالك، والحسين بن علي بن أبي طالب، وزيد بن أبي أوفى -رضي الله عنهم-. [ابن سعد، ابن جریر، ابو الشيخ في (طبقات الأصبهانيين)، طب، أبو نعيم في (الأخبار)، ابن عساكر، البزار، ع، (الضعيفة) (3704)].
(Sangat Lemah) Salman sebahagian dari kami ahli bait. Diriwayatkan dari hadis ‘Amru bin ‘Auf, Anas bin Malik, al-Husin bin Ali bin Abu Talib, dan Zaid bin Abu Aufa RA. [Riwayat Ibn Sa’d, Ibn Jarir, Abu al-Syeikh dalam Tobaqot al-Asbahaniyyin, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu Nu’aim dalam al-Akhbar, Ibn ‘Asakir, al-Bazzar, Abu Ya'la. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 3704]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.