Salman berjumpa dengan Abu al-Darda’

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

نزل سلمان على أبي الدرداء، وكان أبو الدرداء إذا أراد أن يصلي منعه سلمان، وإذا أراد أن يصوم منعه، فقال: أتمنعني أن أصوم لربي وأصلّي لربي؟! فقال: إن لعينك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، فصم وأفطر، وصل ونم، فبلغ ذلك رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((لقد أشبع سلمان علما)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salman berjumpa dengan Abu al-Darda’. Ketika mana Abu al-Darda’ ingin solat, Salman menghalangnya. Begitu juga ketika Abu al-Darda’ ingin berpuasa, Salman turut menghalangnya. Lalu Abu al-Darda’ bertanya: “Adakah engkau menghalang aku untuk berpuasa dan solat kepada Tuhanku?” Salman menjawab: “Sesungguhnya matamu mempunyai hak ke atas engkau. Ahli keluargamu juga mempunyai hak ke atas engkau. Maka berpuasalah dan berbukalah. Solatlah dan tidurlah juga.” Hal ini telah sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: "Salman telah kenyang dengan ilmu."

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis nombor 9100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي صالح، قال: نزل سلمان على أبي الدرداء، وكان أبو الدرداء إذا أراد أن يصلي منعه سلمان، وإذا أراد أن يصوم منعه، فقال: أتمنعني أن أصوم لربي وأصلّي لربي؟! فقال: إن لعينك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، فصم وأفطر، وصل ونم، فبلغ ذلك رسول الله – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((لقد أشبع سلمان علما)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1849)]

(Lemah) Daripada Abu Soleh, beliau menceritakan: Salman berjumpa dengan Abu al-Darda’. Ketika mana Abu al-Darda’ ingin solat, Salman menghalangnya. Begitu juga ketika Abu al-Darda’ ingin berpuasa, Salman turut menghalangnya. Lalu Abu al-Darda’ bertanya: “Adakah engkau menghalang aku untuk berpuasa dan solat kepada Tuhanku?” Salman menjawab: “Sesungguhnya matamu mempunyai hak ke atas engkau. Ahli keluargamu juga mempunyai hak ke atas engkau. Maka berpuasalah dan berbukalah. Solatlah dan tidurlah juga.” Hal ini telah sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: "Salman telah kenyang dengan ilmu." [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1849]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.