Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نزل سلمان على أبي الدرداء، وكان أبو الدرداء إذا أراد أن يصلي منعه سلمان، وإذا أراد أن يصوم منعه، فقال: أتمنعني أن أصوم لربي وأصلّي لربي؟! فقال: إن لعينك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، فصم وأفطر، وصل ونم، فبلغ ذلك رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: ((لقد أشبع سلمان علما)).
Teks Bahasa Melayu
Salman berjumpa dengan Abu al-Darda’. Ketika mana Abu al-Darda’ ingin solat, Salman menghalangnya. Begitu juga ketika Abu al-Darda' ingin berpuasa, Salman turut menghalangnya. Lalu Abu al-Darda’ bertanya: “Adakah engkau menghalang aku untuk berpuasa dan solat kepada Tuhanku?” Salman menjawab: “Sesungguhnya matamu mempunyai hak ke atas engkau. Ahli keluargamu juga mempunyai hak ke atas engkau. Maka berpuasalah dan berbukalah. Solatlah dan tidurlah juga.” Hal ini telah sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: "Salman telah kenyang dengan ilmu."
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1805, hadis no. 9100. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي صالح، قال: نزل سلمان على أبي الدرداء، وكان أبو الدرداء إذا أراد أن يصلي منعه سلمان، وإذا أراد أن يصوم منعه، فقال: أتمنعني أن أصوم لربي وأصلّي لربي؟! فقال: إن لعينك عليك حقا، وإن لأهلك عليك حقا، فصم وأفطر، وصل ونم، فبلغ ذلك رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: ((لقد أشبع سلمان علما)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (1849)]
(Lemah) Daripada Abu Soleh, beliau menceritakan: Salman berjumpa dengan Abu al-Darda’. Ketika mana Abu al-Darda’ ingin solat, Salman menghalangnya. Begitu juga ketika Abu al-Darda' ingin berpuasa, Salman turut menghalangnya. Lalu Abu al-Darda’ bertanya: “Adakah engkau menghalang aku untuk berpuasa dan solat kepada Tuhanku?” Salman menjawab: “Sesungguhnya matamu mempunyai hak ke atas engkau. Ahli keluargamu juga mempunyai hak ke atas engkau. Maka berpuasalah dan berbukalah. Solatlah dan tidurlah juga.” Hal ini telah sampai kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda: "Salman telah kenyang dengan ilmu." [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1849]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman