Salman adalah daripada kalangan kita, iaitu ahli bayt

TEKS BAHASA ARAB

سلمان منا أهل البيت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salman adalah daripada kalangan kita, iaitu ahli bayt.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1051, hadis nombor 5372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) سلمان منا أهل البيت. روي من حديث عمرو بن عوف وأنس بن مالك والحسين بن علي بن أبي طالب وزيد بن أبي أوفى رضي الله عنهم. [ابن سعد، الطبري في التفسير، أبو الشيخ في طبقات الأصبهانيين، طب، أبو نعيم في أخبار أصبهان، ابن عساكر، ك، البيهقي في دلائل النبوة، البزار، ع، الضعيفة (3704)]

[Sangat Lemah] Salman adalah daripada kalangan kita, iaitu ahli bayt. Hadis ini direkodkan daripada ‘Amr bin ‘Awf, Anas bin Malik, al-Husain bin ‘Ali bin Abu Talib, Zaid bin Abu Awfa RA. [Riwayat Ibn Sa‘d dalam al-Tabaqat, al-Tabarani dalam al-Tafsir dan al-Kabir, Abu al-Shaikh dalam Tabaqat al-Asbahiyyin, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah, al-Bazzar dalam al-Musnad dan Abu Ya‘la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3704]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.