Salji yang turun dari langit itu adalah untuk membersihkan perut-perut kami

TEKS BAHASA ARAB

مطرت السماء بردا فقال لنا أبو طلحة: ناولوني من هذا البرد، فجعل يأكل وهو صائم وذلك في رمضان! فقلت: أتأكل البرد وأنت صائم؟ فقال: إنما هو برد نزل من السماء نطهر به بطوننا وإنه ليس بطعام ولا بشراب! فأتيت رسول الله ﷺ فأخبرته بذلك فقال: «خذها عن عمك».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salji telah turun lebat dari langit, dan Abu Talhah telah berkata kepada kami: "Berikanlah salji tersebut kepada aku," maka beliau telah ambil salji tersebut dan makan sedangkan dia dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadhan. Lalu Anas berkata: "Bagaimanakah engkau makan salji tersebut sedangkan engkau berpuasa." Maka dia menjawab: "Sesungguhnya salji yang turun daripada langit itu adalah untuk membersihkan perut-perut kami dan sesungguhnya salji tersebut bukanlah makanan dan juga minuman!" Maka aku telah datang kepada Rasulullah SAW lalu mengkhabarkan kepadanya berkenaan Abu Talhah ini lalu Baginda menjawab: "Ambillah hukum daripada bapa saudara kamu itu."

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis nombor 5682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أنس قال: مطرت السماء بردا فقال لنا أبو طلحة: ناولوني من هذا البرد، فجعل يأكل وهو صائم وذلك في رمضان! فقلت: أتأكل البرد وأنت صائم؟ فقال: إنما هو برد نزل من السماء نطهر به بطوننا وإنه ليس بطعام ولا بشراب! فأتيت رسول الله ﷺ فأخبرته بذلك فقال: «خذها عن عمك». [الطحاوي في ((المشكل))، ع، السلفي في ((الطيوريات))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (63)].

(Munkar) Daripada Anas RA, beliau telah berkata: Salji telah turun lebat daripada langit, dan Abu Talhah telah berkata kepada kami: "Berikanlah salji tersebut kepada aku," maka beliau telah ambil salji tersebut dan makan sedangkan dia dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu Anas berkata: "Bagaimanakah engkau makan salji tersebut sedangkan engkau berpuasa." Maka dia menjawab: "Sesungguhnya salji yang turun dari langit itu adalah untuk membersihkan perut-perut kami dan sesungguhnya salji tersebut bukanlah makanan dan juga minuman!" Maka aku telah datang kepada Rasulullah SAW lalu mengkhabarkan kepadanya berkenaan Abu Talhah ini lalu Baginda menjawab: "Ambillah hukum daripada bapa saudara kamu itu."
[Diriwayatkan oleh Al-Thahawi dalam al-Mushkil, Abu Ya‘la dalam al-Musnad, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 63].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs