Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مُطِرَتِ السَّمَاءُ بَرَدًا فَقَالَ لَنَا أَبُو طَلْحَةَ: نَاوِلُونِي مِنْ هَذَا الْبَرَدِ، فَجَعَلَ يَأْكُلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ! فَقُلْتُ: أَتَأْكُلُ الْبَرْدَ وَأَنْتَ صَائِمٌ؟ فَقَالَ: إِنَّمَا هُوَ بَرَدٌ نَزَلَ مِنَ السَّمَاءِ نُطَهِّرُ بِهِ بُطُونَنَا وَإِنَّهُ لَيْسَ بِطَعَامٍ وَلَا بِشَرَابٍ! فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ فَأَخْبَرْتُهُ بِذَلِكَ فَقَالَ: «خُذْهَا عَنْ عَمِّكَ».
Teks Bahasa Melayu
Salji telah turun lebat dari langit, dan Abu Talhah telah berkata kepada kami: "Berikanlah salji tersebut kepada aku," maka beliau telah ambil salji tersebut dan makan sedangkan dia dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadhan. Lalu Anas berkata: "Bagaimanakah engkau makan salji tersebut sedangkan engkau berpuasa." Maka dia menjawab: "Sesungguhnya salji yang turun daripada langit itu adalah untuk membersihkan perut-perut kami dan sesungguhnya salji tersebut bukanlah makanan dan juga minuman!" Maka aku telah datang kepada Rasulullah SAW lalu mengkhabarkan kepadanya berkenaan Abu Talhah ini lalu Baginda menjawab: "Ambillah hukum daripada bapa saudara kamu itu."
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis no. 5682. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس قال: مطرت السماء بردا فقال لنا أبو طلحة: ناولوني من هذا البرد، فجعل يأكل وهو صائم وذلك في رمضان! فقلت: أتأكل البرد وأنت صائم؟ فقال: إنما هو برد نزل من السماء نطهر به بطوننا وإنه ليس بطعام ولا بشراب! فأتيت رسول الله ﷺ فأخبرته بذلك فقال: «خذها عن عمك». [الطحاوي في المشكل، ع، السلفي في الطيوريات، ابن عساكر، الضعيفة (63)].
(Munkar) Daripada Anas RA, beliau telah berkata: Salji telah turun lebat daripada langit, dan Abu Talhah telah berkata kepada kami: "Berikanlah salji tersebut kepada aku," maka beliau telah ambil salji tersebut dan makan sedangkan dia dalam keadaan berpuasa pada bulan Ramadan. Lalu Anas berkata: "Bagaimanakah engkau makan salji tersebut sedangkan engkau berpuasa." Maka dia menjawab: "Sesungguhnya salji yang turun dari langit itu adalah untuk membersihkan perut-perut kami dan sesungguhnya salji tersebut bukanlah makanan dan juga minuman!" Maka aku telah datang kepada Rasulullah SAW lalu mengkhabarkan kepadanya berkenaan Abu Talhah ini lalu Baginda menjawab: "Ambillah hukum daripada bapa saudara kamu itu." [Diriwayatkan oleh Al-Thahawi dalam al-Mushkil, Abu Ya‘la dalam al-Musnad, al-Silafi dalam al-Thuyuriyyat. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 63].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman