Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada

TEKS BAHASA ARAB

تهادوا؛ فإنه يضعف الحب، ويذهب بغوائل الصدر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis nombor 229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم حكيم بنت وداع الخزاعية مرفوعا: ((تهادوا؛ فإنه يضعف الحب، ويذهب بغوائل الصدر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (3422)].

(Lemah)
Daripada Ummu Ḥakīm binti Wadā al-Khuzā‘iyyah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada.))
[Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3422].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs