Daif

30/06/2024

minit bacaan



Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada

Teks Bahasa Arab

تهادَوْا؛ فإنهُ يضعِّفُ الحُبَّ، ويذهبُ بغوائلِ الصدرِ.

Teks Bahasa Melayu

Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Ḥakīm binti Wadā al-Khuzā‘iyyah

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 54, hadis no. 229. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أم حكيم بنت وداع الخزاعية مرفوعا: ((تهادوا؛ فإنه يضعف الحب، ويذهب بغوائل الصدر)). [القضاعي، ((الضعيفة)) (3422)].

(Daif) Daripada Ummu Ḥakīm binti Wadā al-Khuzā‘iyyah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Saling memberi hadiahlah, kerana sesungguhnya ia akan menggandakan kasih sayang serta menghilangkan kebencian dalam dada.)) [Riwayat al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Shihāb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3422].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.