Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
استوصوا بالكهولِ خيرًا، وارحموا الشبابَ.
Teks Bahasa Melayu
Saling berpesanlah dengan orang-orang tua tentang kebaikan dan kasihilah anak-anak muda.
Sahabat Perawi
- Abu Sa’id RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي سعد - رضي الله عنه - قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: استوصوا بالكهول خيراً، وارحموا الشباب. [فر، ((الضعيفة)) (5424)]
(Palsu) Daripada Abū Sa‘īd RA telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Saling berpesanlah dengan orang-orang tua tentang kebaikan dan kasihilah anak-anak muda.’’ [Riwayat al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5424]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman