Salam kepada Nabi SAW dalam doa qunut

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: السلام على النبي في القنوت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Salam kepada Nabi SAW dalam doa qunut.

STATUS

Tidak Ditemui

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 97, hadis nombor 252. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لم أقف عليه، وإن وقع في كلام جمع من الفقهاء.

Al-Sakhawi berkata: Aku belum menemuinya sekalipun terdapat dalam ucapan sekumpulan fuqaha.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.