Salah seorang sahabat Rasulullah SAW telah meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

مات رجل من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجعل أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يثنون عليه، ويذكرون من عبادته، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ساكت، فلما سكتوا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هل كان يكثر ذكر الموت؟ قالوا: لا، قال: فهل كان يدع كثيرا مما يشتهي؟ قالوا: لا، قال: ما بلغ صاحبكم كثيرا مما تذهبون إليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Lalu para sahabat Rasulullah SAW memujinya dan mereka menyebutkan amal ibadahnya sedangkan Rasulullah SAW berdiam diri. Apabila mereka semua telah diam, Rasulullah SAW bersabda: Adakah dia dulu memperbanyakkan ingatan kepada kematian? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: Adakah dia meninggalkan banyak perkara yang dia inginkan? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: Tidaklah banyak sahabat kalian itu sampai kepada perkara yang kalian katakan kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2067, hadis nombor 10385. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سهل بن سعد الساعدي، قال: مات رجل من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجعل أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم يثنون عليه، ويذكرون من عبادته، ورسول الله صلى الله عليه وسلم ساكت، فلما سكتوا، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: هل كان يكثر ذكر الموت؟ قالوا: لا، قال: فهل كان يدع كثيرا مما يشتهي؟ قالوا: لا، قال: ما بلغ صاحبكم كثيرا مما تذهبون إليه.
[طب، ((الضعيفة)) (6507)]

(Lemah)
Daripada Sahl bin Sa‘ad al-Sā‘idī, beliau berkata: Salah seorang sahabat Rasulullah SAW telah meninggal dunia. Lalu para sahabat Rasulullah SAW memujinya dan mereka menyebutkan amal ibadahnya sedangkan Rasulullah SAW berdiam diri. Apabila mereka semua telah diam, Rasulullah SAW bersabda: Adakah dia dulu memperbanyakkan ingatan kepada kematian? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: Adakah dia meninggalkan banyak perkara yang dia inginkan? Mereka menjawab: Tidak. Baginda berkata: Tidaklah banyak sahabat kalian itu sampai kepada perkara yang kalian katakan kepadanya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6507]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs