Salah seorang kamu tidak akan dapat memutuskan sesuatu perkara daripada urusan agama atau dunia sehingga dia melakukan mesyuarat (perbincangan)

TEKS BAHASA ARAB

لا يبرمن أحد منكم أمرا من أمر دين أو دنيا حتى يشاور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salah seorang kamu tidak akan dapat memutuskan sesuatu perkara daripada urusan agama atau dunia sehingga dia melakukan mesyuarat (perbincangan).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 137, hadis nombor 688. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله ﷺ: لا يبر من أحد منكم أمراً من أمر دين أو دنيا حتى يشاور. [عق، ابن الجوزي في العلل، عد الضعيفة (6227)].

(Palsu) Daripada ‘Āishah RA secara marfū‘: Salah seorang kamu tidak akan dapat memutuskan sesuatu perkara daripada urusan agama atau dunia sehingga dia melakukan mesyuarat (perbincangan). [Diriwayatkan oleh al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6227)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs