Classification icon

Tiada asalnya

30/06/2024

minit bacaan



Salah seorang dari kalian (wanita) menunggu separuh dari usianya dalam keadaan dia tidak solat

Teks Bahasa Arab

حديث: "تمكث إحداكن شطر دهرها لا تصلي".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: “Menunggu salah seorang dari kamu (wanita haid) separuh hidupnya dalam keadaan tidak solat”.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tiada asalnya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 10, hadis no. 17. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي في المقاصد: لا أصل له بهذا اللفظ وقال النووي: باطل لا أصل له.

Al-Sakhawi berkata di dalam kitabnya al-Maqasid: Tidak ada asalnya dengan lafaz ini. Al-Nawawi berkata: Hadith ini batil dan tiada asalnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.