TEKS BAHASA ARAB
حديث: من فتنة العالم أن يكون الكلام أحب إليه من السكوت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Salah satu fitnah orang alim adalah gemar bercakap berbanding diam.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 204, hadis nombor 639. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذكر الحديث بطوله في الإحياء. قال العراقي: رواه أبو نعيم وابن الجوزي في الموضوعات.
Hadith tersebut dengan panjangnya disebutkan di dalam al-Ihya’.
Al-‘Iraqi berkata: Abu Nu’aim dan Ibn al-Jauzi meriwayatkannya di dalam al-Maudhu’at.
RUJUKAN
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.