Salah satu diantara dua perkara, dan sebaik-baik perkara adalah yang paling sederhana

TEKS BAHASA ARAB

أمرا بين أمرين، وخير الأمور أوسطها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Salah satu diantara dua perkara, dan sebaik-baik perkara adalah yang paling sederhana.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 146, hadis nombor 734. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن الحارث عن سعيد عن هارون عن كنانة: أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن الشهرتين: ألبس الثياب الحسنة التي ينظر إليه فيها. أو الدنية أو الرثة التي ينظر إليه فيها. قال عمرو: ((أَمْرًا بَيْنَ أَمْرَيْنِ وَخَيْرُ الأُمُورِ أَوْسَطُهَا)). [هق، ((الضعيفة)) (7056)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin al-Ḥārith daripada Sa‘īd daripada Hārūn daripada Kinānah: Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jenis kemahsyuran: Iaitu seseorang yang memakai pakaian-pakaian yang cantik yang menyebabkan dia dilihat padanya (yang menarik perhatian). Atau (dia memakai pakaian) yang buruk atau lusuh yang menyebabkan dia dilihat padanya. ‘Amr berkata: Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah bersabda: Salah satu diantara dua perkara, dan sebaik-baik perkara adalah yang paling sederhana.
[Riwayat al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7056]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs