Munkar Dengan Lafaz Ini

30/06/2024

minit bacaan



Saksikanlah kebaikan untuk Hajar al-Aswad ini, kerana ia akan datang sebagai pemberi syafaat

Teks Bahasa Arab

أَشْهِدُوا هذا الحَجَرَ خيرًا؛ فإنه يومَ القيامةِ شافعٌ مُشَفَّعٌ، له لسانٌ وشَفَتانِ يَشْهَدُ لِمَن استلمه.

Teks Bahasa Melayu

Saksikanlah kebaikan untuk Hajar al-Aswad ini, kerana ia akan datang sebagai pemberi syafaat dan diberikan syafaat, baginya lidah dan dua bibir yang akan bersaksi kepada sesiapa yang menyentuhnya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Dengan Lafaz Ini

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 748, hadis no. 3830. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بهذا اللفظ) عن عائشة -رضي الله عنها - مرفوعا: «أشهدوا هذا الحجر خيرا؛ فإنه يوم القيامة شافع مشفع، له لسان وشفتان يشهد لمن استلمه». [طس، «الضعيفة» (5167)].

(Munkar Dengan Lafaz Ini) Daripada Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Saksikanlah kebaikan untuk Hajar al-Aswad ini, kerana ia akan datang sebagai pemberi syafaat dan diberikan syafaat, baginya lidah dan dua bibir yang akan bersaksi kepada sesiapa yang menyentuhnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5167].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.