Sakhrah (batu di Baitul Maqdis) adalah Arasy Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث الصخرة وأنها عرش الله الأدنى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sakhrah (batu di Baitul Maqdis) adalah Arasy Allah yang paling rendah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 107, hadis nombor 291. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

كذب مفترى، قال ابن قيم الجوزية: وكل حديث في الصخرة والقدم الذي فيها، مما عملته أيدي المزورين، وقد أكثر الكذابون من الوضع في فضائها وفضائل بيت المقدس، وأرفع شيء فيها أنها قبلة اليهود، وهي في المكان كيوم السبت في الزمان، أبدل الله بها لهذه الأمة البيت الحرام.

Dusta lagi suatu penipuan. Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Semua hadith berkenaan sakhrah dan tapak kaki yang ada padanya adalah dibuat oleh tangan-tangan pendusta. Pendusta-pendusta telah banyak memalsukan hadith tentang kelebihan-kelebihannya dan kelebihan Bait al-Maqdis. Paling tinggi kelebihannya adalah ia sebagai kiblat golongan Yahudi dan Yahudi di tempat tersebut sama seperti hari sabtu pada zaman ini. Allah telah menukar Bait al-Haram sebagai kiblat umat ini.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.