Sahutlah jemputan saudara kamu kerana sesungguhnya daripada jemputan itu kamu berada dalam dua keadaan

TEKS BAHASA ARAB

رأيت يعلى بن مرة ودعوته إلى مأدبة فقعد صائماً فجعل الناس يأكلون ولا يطعم فقلت له: والله لو علمنا أنك صائم ما عنّيناك، قال: لا تقولوا ذلك فإني سمعت رسول اللہ ﷺ يقول: أجب أخاك فإنك منه على اثنتين: إما خير فأحق ما شهدته وإما غيره فتنهاه عنه وتأمره بالخير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Aku telah melihat Ya‘lā ibn Murrah dan aku telah mengajaknya menikmati hidangan makanan. Lalu dia pun duduk dalam keadaan berpuasa. Orang ramai pun mula makan tetapi dia tidak makan. Aku telah berkata kepadanya: Demi Allah sekiranya kami tahu yang kamu sedang berpuasa, nescaya kami tidak akan membebankan kamu. Beliau telah berkata: Jangan berkata begitu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sahutlah jemputan saudara kamu kerana sesungguhnya daripada jemputan itu kamu berada dalam dua keadaan. Sama ada baik, maka menjadi keutamaan untuk kamu menghadirinya dan sama ada sebaliknya, maka kamu mencegahnya dan kamu menyuruhnya melakukan kebaikan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis nombor 693. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عياض أبي أشرس السلمي قال: رأيت يعلى بن مرة ودعوته إلى مأدبة فقعد صائماً فجعل الناس يأكلون ولا يطعم فقلت له: والله لو علمنا أنك صائم ما عنّيناك قال: لا تقولوا ذلك فإني سمعت رسول اللہ ﷺ يقول: أجب أخاك فإنك منه على اثنتين: إما خير فأحق ما شهدته، وإما غيره، فتنهاه عنه وتأمره بالخير. [ع، طب، الضعيفة (٦٩٦٤)].

(Lemah) Daripada ‘Iyāḍ Abī Ashras al-Sulamī telah berkata: Aku telah melihat Ya‘lā ibn Murrah dan aku telah mengajaknya menikmati hidangan makanan. Lalu dia pun duduk dalam keadaan berpuasa. Orang ramai pun mula makan tetapi dia tidak makan. Aku telah berkata kepadanya: Demi Allah sekiranya kami tahu yang kamu sedang berpuasa, nescaya kami tidak akan membebankan kamu. Beliau telah berkata: Jangan berkata begitu kerana sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sahutlah jemputan saudara kamu kerana sesungguhnya daripada jemputan itu kamu berada dalam dua keadaan. Sama ada baik, maka menjadi keutamaan untuk kamu menghadirinya dan sama ada sebaliknya, maka kamu mencegahnya dan kamu menyuruhnya melakukan kebaikan. [Diriwayatkan oleh Abū Ya‘lā dalam Musnadnya dan al-Maṭālib al-‘Āliyah, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6964)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs