Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sabar itu sebahagian daripada iman dan keyakinan itu adalah keseluruhan iman

Teks Bahasa Arab

الصبرُ نِصْفُ الإيمانِ، واليقينُ الإيمانُ كُلُّهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sabar itu sebahagian daripada iman dan keyakinan itu adalah keseluruhan iman.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas'ud RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 446, hadis no. 2381.

(منكر) عن ابنِ مَسعودٍ -رضي الله عنه- مرفوعًا : «‌الصَّبْرُ ‌نِصْفُ ‌الْإِيمَانِ، وَالْيَقِينُ الْإِيمَانُ كُلُّهُ» [الأعرابي, تمام، أبو الحسن الأزدي في ((المجالس الخمسة))، حل، خط، ابن الجوزي في ((العلل))، القضاعي، ((الضعيفة)) ((499))]

(Munkar) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sabar itu sebahagian daripada iman dan keyakinan itu adalah keseluruhan iman. [Riwayat Ibn al-A’rabi, Tamam, Abu al-Hasan al-Azdi dalam al-Majalis al-Khamsah, Abu Nu‘aim di dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-‘Ilal dan al-Qudha‘i. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 499]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.