Sabar itu ada tiga, iaitu sabar atas musibah

TEKS BAHASA ARAB

الصبر ثلاثة: فصبر على المعصية وصبر على الطاعة وصبر عن المعصية فمن صبر على المصيبة حتى يردها بحسن عزائها كتب الله له ثلاثمائة درجة ما بين الدرجة إلى الدرجة كما بين السماء إلى الأرض ومن صبر على الطاعة كتب الله له ستمائة درجة ما بين الدرجتين كما بين تخوم الأرض إلى منتهى الأرضين السبع ومن صبر على المعصية كتب الله له تسعمائة درجة ما بين الدرجتين كما بين تخوم الأرض إلى منتهى العرش مرتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sabar itu ada tiga, iaitu sabar atas musibah, sabar dalam melakukan ketaatan dan sabar terhadap maksiat. Sesiapa yang bersabar atas musibah dengan cara yang baik hinggalah dia dikembali (dilepaskan daripada musibah), maka Allah tuliskan untuknya 300 darjat, jarak antara dua darjat itu adalah sebagaimana jarak antara langit dan bumi. Sesiapa yang bersabar dalam melakukan ketaatan, maka Allah tuliskan untuknya 600 darjat, jarak antara dua darjat tersebut adalah sebagaimana jarak antara bintang di bumi hingga hujung tujuh lapis bumi. Sesiapa yang bersabar terhadap maksiat, Allah tuliskan untuknya 900 darjat, jarak antara dua darjat tersebut adalah sebagaimana dua kali ganda jarak antara bintang di bumi hingga hujung Arasy.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 49, hadis nombor 258. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Dailami, ia hadith yang jelas dusta, tanpa syak lagi padanya bagi sesiapa yang hadis adalah bidangnya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs