Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الصَّبْرُ ثَلَاثَةٌ: فَصَبْرٌ عَلَى الْمَعْصِيَةِ وَصَبْرٌ عَلَى الطَّاعَةِ وَصَبْرٌ عَنِ المَعْصِيَةِ فَمَنْ صَبَرَ عَلَى المُصِيبَةِ حَتَّى يَرُدَّهَا بِحُسْنِ عَزَائهَا كَتَبَ اللهُ لَهُ ثَلَاثُمِائَةَ دَرَجَةً مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّماءِ والأَرْضِ وَمَنْ صَبَرَ عَلَى الطَّاعَةِ كَتَبَ الله لَهُ سِتُّمِائَةَ دَرَجَةً مَا بَيْْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ تُخُومِ الأَرْضِ إِلَى مُنْتَهَى الأَرَضِينَ السَّبْعِ وَمَنْ صَبَرَ عَنِ المَعْصِيَةِ كَتَبَ الله لَهُ تِسْعُمِائَةَ دَرَجَةً مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ تُخُومِ الأَرْضِ إِلَى مُنْتَهَى الْعَرْشِ مَرَّتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sabar itu ada tiga, iaitu sabar atas musibah, sabar dalam melakukan ketaatan dan sabar terhadap maksiat. Sesiapa yang bersabar atas musibah dengan cara yang baik hinggalah dia dikembali (dilepaskan daripada musibah), maka Allah tuliskan untuknya 300 darjat, jarak antara dua darjat itu adalah sebagaimana jarak antara langit dan bumi. Sesiapa yang bersabar dalam melakukan ketaatan, maka Allah tuliskan untuknya 600 darjat, jarak antara dua darjat tersebut adalah sebagaimana jarak antara bintang di bumi hingga hujung tujuh lapis bumi. Sesiapa yang bersabar terhadap maksiat, Allah tuliskan untuknya 900 darjat, jarak antara dua darjat tersebut adalah sebagaimana dua kali ganda jarak antara bintang di bumi hingga hujung Arasy.
Sahabat Perawi
- Ali bin Abi Talib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 49, hadis no. 258. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Dailami, ia hadith yang jelas dusta, tanpa syak lagi padanya bagi sesiapa yang hadis adalah bidangnya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman