Saat yang doa mustajab pada hari Jumaat ialah saat akhir hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

الساعة التي يستجاب فيها الدعاء يوم الجمعة: آخر ساعة من يوم الجمعة قبل غروب الشمس أغفل ما يكون الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saat yang doa mustajab pada hari Jumaat ialah saat akhir hari Jumaat, sebelum terbenamnya matahari, waktu yang paling manusia lalai padanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 306, hadis nombor 1616. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، مرفوعًا: ((الساعة التي يستجاب فيها الدعاء يوم الجمعة: آخر ساعة من يوم الجمعة قبل غروب الشمس أغفل ما يكون الناس)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5146)].

(Palsu) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Saat yang doa mustajab pada hari Jumaat ialah saat akhir hari Jumaat, sebelum terbenamnya matahari, waktu yang paling manusia lalai padanya.” [Riwayat al-Asbahani dalam al-Targhib wa al-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5146].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs