Saat-saat kesakitan menghilangkan saat-saat melakukan dosa

TEKS BAHASA ARAB

ساعات الأمراض يذهبن ساعات الخطايا

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saat-saat kesakitan menghilangkan saat-saat melakukan dosa.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- مرفوعا-: ((ساعات الأمراض يذهبن ساعات الخطايا.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، تمام، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (3680)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu’-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Saat-saat kesakitan menghilangkan saat-saat melakukan dosa)).
[Riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam al-Maradh wa al-Kafarat, Tammam dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3680].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.