Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ساعاتُ الأمراضِ يُذهِبنَ ساعاتِ الخطايا.
Teks Bahasa Melayu
Saat-saat kesakitan menghilangkan saat-saat melakukan dosa.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub al-Ansari
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis no. 8741. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي أيوب الأنصاري -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- مرفوعا-: ((ساعات الأمراض يذهبن ساعات الخطايا.)) [ابن أبي الدنيا في ((المرض والكفارات))، تمام، الخطيب في ((التلخيص))، ((الضعيفة)) (3680)].
(Sangat Lemah) Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA secara marfu'-disandarkan kepada Nabi SAW: ((Saat-saat kesakitan menghilangkan saat-saat melakukan dosa)). [Riwayat Ibn Abi al-Dunia dalam al-Maradh wa al-Kafarat, Tammam dan al-Khatib dalam al-Talkhis. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3680].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman