Saat-saat kesakitan di dunia akan menghilangkan saat-saat dosa di akhirat

TEKS BAHASA ARAB

ساعات الأذى في الدنيا، يذهبن ساعات الأذى في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Saat-saat kesakitan (atau keperitan) di dunia akan menghilangkan saat-saat kesakitan (atau keperitan) di akhirat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis nombor 8740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ساعات الأذى في الدنيا، يذهبن ساعات الأذى في الآخرة.)) [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (3679)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Saat-saat kesakitan (atau keperitan) di dunia akan menghilangkan saat-saat kesakitan (atau keperitan) di akhirat.))
[Riwayat Ibn Shahin dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3679].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.