Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ساعاتُ الأذَى في الدُّنيا يُذهبنَ ساعاتِ الأذَى في الآخرةِ.
Teks Bahasa Melayu
Saat-saat kesakitan (atau keperitan) di dunia akan menghilangkan saat-saat kesakitan (atau keperitan) di akhirat.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1737, hadis no. 8740. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((ساعات الأذى في الدنيا، يذهبن ساعات الأذى في الآخرة.)) [ابن شاهين، فر، ((الضعيفة)) (3679)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Saat-saat kesakitan (atau keperitan) di dunia akan menghilangkan saat-saat kesakitan (atau keperitan) di akhirat.)) [Riwayat Ibn Shahin dan al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3679].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman