Rumah yang disebutkan nama Allah di dalamnya menyinari penduduk langit sebagaimana bintang-bintang menyinari penduduk bumi

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

البيت الذي يذكر الله فيه ينير لأهل السماء كما تنير النجوم لأهل الأرض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rumah yang disebutkan nama Allah di dalamnya menyinari penduduk langit sebagaimana bintang-bintang menyinari penduduk bumi.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1455, hadis nombor 7399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سابط بن أبي حميضة مرفوعا: ((البيت الذي يذكر الله فيه ينير لأهل السماء كما تنير النجوم لأهل الأرض)). [فر، ((الضعيفة)) (3383)]

(Lemah)
Daripada Sābiṭ bin Abī Humaiḍah secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rumah yang disebutkan nama Allah di dalamnya menyinari penduduk langit sebagaimana bintang-bintang menyinari penduduk bumi.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3383]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.