TEKS BAHASA ARAB
دار الظالمين خراب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rumah orang-orang zalim hancur binasa.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 38, hadis nombor 140. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:
ليس بحديث وفي التنزيل {فتلك بيوتهم خاوية بما ظلموا} [النمل: 52] وعن كعب أن في التوراة من يظلم يخرب بيته.
Ia bukan hadith, terdapat juga dalam al-Qur’an:
فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا
“Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim”. [Surah al-Naml ayat 52].
Juga daripada Ka’b bahawa terdapat dalam Taurat menyebutkan: “Sesiapa yang berbuat zalim, akan binasa rumahnya”.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.