Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Rumah orang-orang zalim hancur binasa

Teks Bahasa Arab

دَارُ الظَّالِمِينَ خَرَابٌ.

Teks Bahasa Melayu

Rumah orang-orang zalim hancur binasa.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 38, hadis no. 140. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس بحديث وفي التنزيل {فتلك بيوتهم خاوية بما ظلموا} [النمل: 52] وعن كعب أن في التوراة من يظلم يخرب بيته.

Ia bukan hadith, terdapat juga dalam al-Qur'an: فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا "Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim". [Surah al-Naml ayat 52]. Juga daripada Ka'b bahawa terdapat dalam Taurat menyebutkan: "Sesiapa yang berbuat zalim, akan binasa rumahnya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.