Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنه سيكون بعدي حمَّامات، ولا خير في الحمامات للنساء. فقالت: يا رسول الله! فإنها تدخله بإزار؟ فقال: لا؛ وإن دخلته بإزار ودرع وخمار، ومَا مِنِ امْرَأَةٍ تَنْزِعُ خِمارَها فِي غَيْرِ بَيْتِ زوجِها إِلا كَشفت السِتْرَ فيمَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ ربِّها.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya akan ada selepasku rumah-rumah mandi awam, dan tidak ada kebaikan rumah mandi awam untuk perempuan.)) Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah! Jika sesungguhnya dia memasukinya dengan (memakai) kain?" Baginda menjawab: ((Tetap tidak ada kebaikannya meskipun dia memakai kain, baju dan khimar, dan tidak ada seorang wanita yang membuka khimarnya di tempat selain rumah suaminya melainkan dia sebenarnya telah membuka penghadang di antaranya dan di antara Tuhannya.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1638, hadis no. 8287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Aisyah RA, bahawa sesungguhnya beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang rumah mandi awam (hammam). Lalu baginda bersabda: ((Sesungguhnya akan ada selepasku rumah-rumah mandi awam, dan tidak ada kebaikan rumah mandi awam untuk perempuan.)) Aisyah bertanya: "Wahai Rasulullah! Jika sesungguhnya dia memasukinya dengan (memakai) kain?" Baginda menjawab: ((Tetap tidak ada kebaikannya meskipun dia memakai kain, baju dan khimar, dan tidak ada seorang wanita yang membuka khimarnya di tempat selain rumah suaminya melainkan dia sebenarnya telah membuka penghadang di antaranya dan di antara Tuhannya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6216]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman