Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan)

TEKS BAHASA ARAB

الدار حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis nombor 287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبادة بن الصامت – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الدار حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله)). [حم، هق، ((الضعيفة)) (3607)].

(Lemah)
Daripada ‘Ubādah ibn al-Ṣāmit RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.))
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Bayhaqī dalam Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3607].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs