Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدارُ حَرَمٌ، فمن دخل عليك حَرَمَكَ؛ فاقتلْهُ.
Teks Bahasa Melayu
Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.
Sahabat Perawi
- ‘Ubādah bin al-Ṣāmit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 64, hadis no. 287. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبادة بن الصامت - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الدار حرم، فمن دخل عليك حرمك؛ فاقتله)). [حم، هق، ((الضعيفة)) (3607)].
(Daif) Daripada ‘Ubādah ibn al-Ṣāmit RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Rumah itu ibarat tanah haram (kawasan larangan). Maka sesiapa yang masuk ke dalam tanah haram kamu, bunuhlah dia.)) [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Bayhaqī dalam Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3607].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman