Rumah ini merupakan salah satu tiang daripada tiang-tiang Islam

TEKS BAHASA ARAB

هذا البيت دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت أو اعتمر، ‌فهو ‌ضامن ‌على ‌الله، فإن مات؛ أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله؛ رده بأجر وغنيمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rumah ini merupakan salah satu tiang daripada tiang-tiang Islam, sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun melakukan umrah, maka dia dijamin oleh Allah. Sekiranya dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya Dia mengembalikannya kepada keluarganya, Dia mengembalikannya beserta dengan ganjaran dan juga harta rampasan perang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis nombor 3551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((هذا البيت دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت أو اعتمر، ‌فهو ‌ضامن ‌على ‌الله، فإن مات؛ أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله؛ رده بأجر وغنيمة)). [طس، ((الضعيفة)) (٦٠٤١)]

(Lemah) Daripada Jābir RA bahawa Nabi SAW bersabda: Rumah ini merupakan salah satu tiang daripada tiang-tiang Islam, sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun melakukan umrah, maka dia dijamin oleh Allah. Sekiranya dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya Dia mengembalikannya kepada keluarganya, Dia mengembalikannya beserta dengan ganjaran dan juga harta rampasan perang. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6041]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs