Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
هذا البيتُ دِعامةٌ مِن دعائمِ الإسلامِ، فمَن حجَّ البَيتَ أوِ اعتَمرَ، فَهوَ ضامِنٌ علَى اللَّهِ، فإن ماتَ؛ أدخلَهُ الجنَّةَ، وإن ردَّهُ إلى أَهْلِهِ؛ ردَّهُ بأَجرٍ وغَنيمةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Rumah ini merupakan salah satu tiang daripada tiang-tiang Islam, sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun melakukan umrah, maka dia dijamin oleh Allah. Sekiranya dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya Dia mengembalikannya kepada keluarganya, Dia mengembalikannya beserta dengan ganjaran dan juga harta rampasan perang.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 691, hadis no. 3551. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر -رضي الله عنه- أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((هذا البيت دعامة من دعائم الإسلام، فمن حج البيت أو اعتمر، فهو ضامن على الله، فإن مات؛ أدخله الجنة، وإن رده إلى أهله؛ رده بأجر وغنيمة)). [طس، ((الضعيفة)) (٦٠٤١)]
(Lemah) Daripada Jābir RA bahawa Nabi SAW bersabda: Rumah ini merupakan salah satu tiang daripada tiang-tiang Islam, sesiapa yang melakukan haji ke Baitullah ataupun melakukan umrah, maka dia dijamin oleh Allah. Sekiranya dia mati, dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya Dia mengembalikannya kepada keluarganya, Dia mengembalikannya beserta dengan ganjaran dan juga harta rampasan perang. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6041]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman