Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Rugilah golongan yang tidak memiliki orang yang bodoh

Teks Bahasa Arab

خَابَ قَوْمٌ لَا سَفِيهَ لَهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Rugilah golongan yang tidak memiliki orang yang bodoh.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 35, hadis no. 124. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في معناه ما جاء عن سعيد بن المسيب أن رجلا استطال على سليمان بن موسى فانتصر له أخوه فقال مكحول ذل من لا سفيه له ومن كلام الشافعي لا بأس بالفقيه أن يكون معه سفيه يسافه عنه.

Semakna dengannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Sa'id bin al-Musayyab: "Seseorang telah menyerang Sulaiman Ibn Musa, lalu saudara beliau pun membantunya. Makhul pun berkata: "Hinalah seseorang yang tidak memiliki orang yang bodoh". Juga bersumberkan ucapan al-Shafi'ei: "Tidak mengapa jika orang faqih ada bersamanya orang bodoh, kebodohannya untuk mempertahankannya".

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.