Ruang antara setiap pemimpin adalah tempat duduk seorang alim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا ضاق مجلس بأهله، فبين كل سيدين مجلس عالم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila majlis menjadi sempit dengan ahlinya maka ruang antara setiap pemimpin adalah tempat duduk seorang alim.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 255-256, hadis nombor 455. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومنها ما روي عن مالك أنه قال: دخلت على المأمون، والمجلس غاص بأهله، فإذا بين الخليفة والوزير فرجة فجلست بينهما، فحدثته حديثا مرفوعا: إذا ضاق مجلس بأهله، فبين كل سيدين مجلس عالم. في الذيل هو منكر: ومالك لم يبق إلى زمن المأمون.

Dan antaranya: Apa yang diriwayatkan daripada Malik bahawa dia berkata: Aku telah masuk menemui Makmun, dan majlis tersebut penuh dengan ahlinya, lalu antara Khalifah dan menteri terdapat ruang, aku pun duduk antara mereka lalu aku riwayatkan sebuah hadis yang marfu’: Apabila majlis menjadi sempit dengan ahlinya maka ruang antara setiap pemimpin adalah tempat duduk seorang alim. Dalam Kitab al-Zayl (dinukilkan): (Bahawa) ia munkar. Dan Malik tidak kekal (hidup) hingga zaman al-Makmun.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.