Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا ضَاقَ مَجْلِسٌ بِأَهْلِهِ فَبَيْنَ كُلِّ سَيِّدَيْنِ مَجْلِسُ عَالِمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila majlis menjadi sempit dengan ahlinya maka ruang antara setiap pemimpin adalah tempat duduk seorang alim.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 255-256, hadis no. 455. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ومنها ما روي عن مالك أنه قال: دخلت على المأمون، والمجلس غاص بأهله، فإذا بين الخليفة والوزير فرجة فجلست بينهما، فحدثته حديثا مرفوعا: إذا ضاق مجلس بأهله، فبين كل سيدين مجلس عالم. في الذيل هو منكر: ومالك لم يبق إلى زمن المأمون.
Dan antaranya: Apa yang diriwayatkan daripada Malik bahawa dia berkata: Aku telah masuk menemui Makmun, dan majlis tersebut penuh dengan ahlinya, lalu antara Khalifah dan menteri terdapat ruang, aku pun duduk antara mereka lalu aku riwayatkan sebuah hadis yang marfu’: Apabila majlis menjadi sempit dengan ahlinya maka ruang antara setiap pemimpin adalah tempat duduk seorang alim. Dalam Kitab al-Zayl (dinukilkan): (Bahawa) ia munkar. Dan Malik tidak kekal (hidup) hingga zaman al-Makmun.
Rujukan
Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.
Makluman