Saya tidak menemui baginya asal

30/06/2024

minit bacaan



Roti tidak akan beredar dan dihidangkan di hadapanmu

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: لَا يستدير الرَّغِيف وَيُوضَع بَين يَديك حَتَّى يعْمل فِيهِ ثَلَاثمِائَة وَسِتُّونَ صانعا، أَوَّلهمْ مِيكَائِيل.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Roti tidak akan beredar dan dihidangkan di hadapanmu hinggalah ada 360 tangan yang berusaha menyediakannya, yang pertama sekali adalah Mikail.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-'Iraqi (m. 806H)

Status

Saya tidak menemui baginya asal

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 223, hadis no. 713. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال العراقي: لم أجد له أصلا.

al-'Iraqi berkata: Saya tidak menemui baginya asal.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.