Roh-roh orang beriman adalah burung-burung hijau yang berada dalam satu bilik daripada syurga

TEKS BAHASA ARAB

أرواح المؤمنين طيور خضر في حجر من الجنة، يأكلون من الجنة، ويشربون، ويتعارفون، يقولون: ربنا ألحق بنا إخواننا، وآتنا ما وعدتنا، وأرواح أهل النار في حجر من النار، يأكلون من النار، ويشربون من النار، يقولون: ربنا لا تلحق بنا إخواننا، ولا تؤتنا ما وعدتنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Roh-roh orang beriman adalah burung-burung hijau yang berada dalam satu bilik daripada syurga, mereka makan daripada syurga, mereka minum dan saling berkenalan, mereka berkata: Ya Allah! Letakkanlah bersama kami saudara-saudara kami! Berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami. Manakala, roh-roh ahli neraka berada dalam bilik daripada api neraka, mereka makan daripada api neraka, mereka minum daripada api neraka, mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah letakkan kami bersama saudara-saudara kami dan janganlah Engkau berikan kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis nombor 6384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أم مبشر بنت البراء رضي الله عنها قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيتي في نفر من أصحابه يأكل من طعام صنعته لهم، فسألوه عن الأرواح، فذكرها بذكر امتنع القوم من الطعام؛ ثم قال من بعد: أرواح المؤمنين طيور خضر في حجر من الجنة، يأكلون من الجنة، ويشربون، ويتعارفون، يقولون: ربنا ألحق بنا إخواننا، وآتنا ما وعدتنا، وأرواح أهل النار في حجر من النار، يأكلون من النار، ويشربون من النار، يقولون: ربنا لا تلحق بنا إخواننا، ولا تؤتنا ما وعدتنا.
[ابن منده، ((الضعيفة)) (2747)]

(Lemah)
Daripada Ummi Mubashshir binti al-Bara’ RA, katanya: Rasulullah SAW pernah berada di rumahku bersama beberapa orang sahabat untuk makan makanan yang aku telah sediakan untuk mereka, lalu mereka pun bertanya baginda tentang roh-roh, lalu baginda menyebutkannya dengan perkara yang menyebabkan sekumpulan tersebut terhalang daripada makan, kemudian selepas itu baginda bersabda: Roh-roh orang beriman adalah burung-burung hijau yang berada dalam satu bilik daripada syurga, mereka makan daripada syurga, mereka minum dan saling berkenalan, mereka berkata: Ya Allah! Letakkanlah bersama kami saudara-saudara kami! Berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami. Manakala, roh-roh ahli neraka berada dalam bilik daripada api neraka, mereka makan daripada api neraka, mereka minum daripada api neraka, mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah letakkan kami bersama saudara-saudara kami dan janganlah Engkau berikan kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami.
[Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2747]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs