Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أرواحُ المؤمنينَ طيورٌ خضرٌ في حُجَرٍ منَ الجنةِ، يأكلونَ منَ الجنةِ، ويشربونَ، ويتعارفونَ، يقولونَ: ربَّنا ألحقْ بنا إخوانَنَا، وآتنا مَا وعدتَّنا، وأرواحُ أهلِ النارِ في حُجَرٍ من النار، يأكلونَ منَ النَّار، ويشربونَ من النارِ، يقولونَ: ربَّنا لا تُلحقْ بنا إخوانَنَا، ولا تُؤتِنَا ما وعدتَّنَا.
Teks Bahasa Melayu
Roh-roh orang beriman adalah burung-burung hijau yang berada dalam satu bilik daripada syurga, mereka makan daripada syurga, mereka minum dan saling berkenalan, mereka berkata: Ya Allah! Letakkanlah bersama kami saudara-saudara kami! Berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami. Manakala, roh-roh ahli neraka berada dalam bilik daripada api neraka, mereka makan daripada api neraka, mereka minum daripada api neraka, mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah letakkan kami bersama saudara-saudara kami dan janganlah Engkau berikan kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami.
Sahabat Perawi
- Ummu Mubashshir binti al-Bara' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis no. 6384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ummi Mubashshir binti al-Bara' RA, katanya: Rasulullah SAW pernah berada di rumahku bersama beberapa orang sahabat untuk makan makanan yang aku telah sediakan untuk mereka, lalu mereka pun bertanya baginda tentang roh-roh, lalu baginda menyebutkannya dengan perkara yang menyebabkan sekumpulan tersebut terhalang daripada makan, kemudian selepas itu baginda bersabda: Roh-roh orang beriman adalah burung-burung hijau yang berada dalam satu bilik daripada syurga, mereka makan daripada syurga, mereka minum dan saling berkenalan, mereka berkata: Ya Allah! Letakkanlah bersama kami saudara-saudara kami! Berikanlah kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami. Manakala, roh-roh ahli neraka berada dalam bilik daripada api neraka, mereka makan daripada api neraka, mereka minum daripada api neraka, mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah letakkan kami bersama saudara-saudara kami dan janganlah Engkau berikan kepada kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami. [Riwayat Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2747]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman