Roh orang-orang beriman berada di langit ketujuh

TEKS BAHASA ARAB

إن أرواح المؤمنين في السماء السابعة، ينظرون إلى منازلهم في الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya roh orang-orang beriman berada di langit ketujuh sambil melihat tempat tinggal mereka dalam syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1320, hadis nombor 6737. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إن أرواح المؤمنين في السماء السابعة، ينظرون إلى منازلهم في الجنة.
[أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (2151)].

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu'(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya roh orang-orang beriman berada di langit ketujuh sambil melihat tempat tinggal mereka dalam syurga.
[Riwayat Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2151].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs